CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, February 16, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah

walaupon citer macam dah basi skit... aku nak citer gak...


bila cakap citer hantu jer jangan harap ler nak suh aku tengok... aku ni bukan setakat penakut jer... tapi dah tahap pengecut gilosss...tak caya tanya ar kat adik aku... dulu masa tengok citer suhaimi baba tu... ala citer maya karin jadi p*******k (takmo ar sebut... seram)... aku tengok ikut celah jari jer dari mula citer sampai ler abis...

berbalik kepada citer hantu kak limah balik rumah (HKLBR)... masa citer ni kuar kat pawagam, ada gak ler teringin nak tengok... yer la masa tu dah jadi box opis dah... kakak aku banyak kali gi cinema tapi tetap tak dapat tengok... tiket SOLD OUT manjang... tiket online pon kejap jer abis... dahsat tul penangan citer mamat khalid kali ni...

akhirnya nak tau kat ner aku tengok citer ni?... kat OPIS... amek ko...dalam waktu yang sama, astro first pon dah start kuarkan citer HKLBR ni... hubby beria² nak tengok... makanya nak tak nak, aku terpaksa mengizinkan hubby melanggan HKLBR dengan harga RM15... isk naik ler bil astro aku bulan ni... lari lagi la bajet...

meh review citer skit :

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. 

Husin bergegas ke warung Pak Jabit, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che' Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut.

*****review di atas dipetik dari mygosip.com

bintang² yg patot aku bg : 1 2 3 4 5

*** aku suka lagu cinta kristal yg awie nyanyi tu... beshhh...