CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Transformers Dark of The Moon 3D

biasa ler citer dah basi baru nak kongsi... hehehe... first time aku tengok movie 3D ni... ahaks... jakun weh... macam orang baru kenal dunia jer... mentang² ler tinggal berdua jer kan... asyik gatal nak dating jer... aku dah cakap dari ari tu lagi ek... movie ni tengok masa sebelom posa...  sila amik maklum...

ni ler selfprint tiket yang aku beli guna e-payment ticketing tu

aku ni tak berapa suka tengok citer yang ganas² yang banyak gado²... tapi disebabkan hubby, maka terpaksa ler tengok gak... jalan citer ok la... biasa la tu mat salleh imaginasi melebihi akal... 

dalam citer ni awek lama si sam dah tukar lain... yang lama dah takder... tapi still cantik ler... si bumblebee tu tetap takder suara... suara optimus tu tetap macho macam dulu... hahaha... aku suka suara dia jer... 

tapi aku tak puas ati ngan sentinel tu... sanggup korbankan spesis lain semata² nak selamatkan spesis ngan planet dia... ada ke patut... nasib baik ler optimus tu berpendirian tetap...

yang paling aku suka adalah robot kecik 2 ekor tu... ala... robot tu dulu decepticon lepas tu berpaling tadah ikut autobots... hahaha...comey...

meh baca sikit sinopsis dia :

In the war for control of Cybertron (home planet of the Transformers), the Autobots had a secret weapon to defeat the Decepticons. However, the spaceship carrying the secret weapon, pillars with the power to teleport objects through space and time, was shot down as it attempted to escape. Despite Cybertron being a distant planet, the ship somehow managed to make it all the way to our moon where it crash landed. The Apollo 11 mission wasn’t one of discovery but one where a comical JFK impersonator laid out a secret mission to explore the wreckage.

transformers-dark-of-the-moon-movie-image-optimus-prime-01

Cut to the present day where Decepticons are trying to retrieve the final pillars and the pillars’ Autobot creator, Sentinel Prime (voiced by Leonard Nimoy). While the Earthbound Autobots are trying to uncover this plan, human “hero” Sam Witwicky (Shia LaBeouf) struggles to find a job because that makes him “relatable”. However, the quirks that made Sam an endearing character in the first movie have made him unbearable by this point. He seems selfish, unimaginative, and feels entitled to meaningful work after saving the world twice. Another movie might try to explain how Sam can receive the Presidential Medal of Honor and take a photo proving he recieved that honor, but he’s not allowed to tell people why he won the medal. Instead, the script ignores that obvious logical conflict (as it does so many others), and simply has Sam whining about wanting to “matter” like he did when he shouted “Optimus!” all those times and then let the Autobots destroy monuments and cities.

Sam only gets to spend what feels like an eternity complaining about his insecurities and under-appreciating his Megan Fox-replacement girlfriend Carly (Rosie Huntington-Whiteley) before coincidence throws him back into the Transformers war through too many convoluted and contrived developments to name here. The battle once again comes down to a fight between Autobots and Decepticons over a Cybertronian power item.

transformers-3-movie-image-03




Transformers_3_Dark_of_the_Moon_Poster


 *** citer sangat panjang... lebih kurang 2 jam 30 minit... so far ok la... cuma sakit mata pakai cermin mata 3D tu... klu tak pakai kang, takleh baca subtitle lak... aku ni bukannyer paham sangat cakap omputeh tu... kang tak paham jalan citer lak...




Thursday, July 14, 2011

Sekali Lagi


semalam hubby ajak tengok wayang... nak tengok transformers katanya... kitorang memang tengok dari part 1 ngan part 2 lagi... huhuhu... nak booking online takleh... booking guna tepon pon takleh... maka balik keje semalam berlari² ler aku pegi alamanda... last² tengok tiket dah sold out... yang ada pon kul 1 pagi jer... tak kuasa aku... nasib ko ler bang...

pastu duk ler kat area pameran kete vios sementara tunggu hubby abis keje... sekejap jer pon tunggu kat situ... hubby balik keje awal... tak puas ati, pegi lagi GSC... last² dia kata " kita tengok sekali lagi la"... aku pon OK jer...

meh baca sinopsis:

Selama ini, ARMAN percaya bahawa dirinya merupakan seorang pengidap autisme. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan FARINA. Hubungan Arman dan Farina juga semakin bermasalah. Malah, dalam satu salah faham, Farina telah bergaduh dengan Arman dan meninggalkannya seorang diri di tepi jalan. Dalam perjalanan pulang itu, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng.

Mujurlah, AMY, seorang kanak-kanak kecil yang berada di situ, memekik dengan kuat, dan sekaligus memaksa menyelamatkan Arman. Sungguhpun Amy hanya berusia 5 tahun, Arman dapati kanak-kanak itu amat pintar dan berdikari sekali, malah lebih pintar dan berdikari berbanding dirinya sendiri. Persahabatan terbentuk di antara mereka, dan Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Apabila Arman menyatakan rasa ragu-ragunya untuk meneruskan perkahwinan, Amy mencadangkan kepada Arman agar bertanya beberapa siri soalan kepada Farina dan juga ahli keluarganya.


Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman. Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu SHIELA, turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada HARIS, si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya. Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Ibu bapa Haris di kampung sudah bertemu calon isteri yang sesuai untuk Haris. Apabila wanita itu bertindak datang berjumpa Haris di Kuala Lumpur, Shiela tahu bahawa sudah tiba masanya untuk dia membuat keputusan. Amy amat sukakan Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris. Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman.


*** ok ler citer nyer... ada gak part sedey²... tapi budak kecik tu sangat pandai berlakon... huhuhu... tapi ending dia aku tak suka...


***** sinopsis dipetik dari Mygosip.com



Wednesday, February 16, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah

walaupon citer macam dah basi skit... aku nak citer gak...


bila cakap citer hantu jer jangan harap ler nak suh aku tengok... aku ni bukan setakat penakut jer... tapi dah tahap pengecut gilosss...tak caya tanya ar kat adik aku... dulu masa tengok citer suhaimi baba tu... ala citer maya karin jadi p*******k (takmo ar sebut... seram)... aku tengok ikut celah jari jer dari mula citer sampai ler abis...

berbalik kepada citer hantu kak limah balik rumah (HKLBR)... masa citer ni kuar kat pawagam, ada gak ler teringin nak tengok... yer la masa tu dah jadi box opis dah... kakak aku banyak kali gi cinema tapi tetap tak dapat tengok... tiket SOLD OUT manjang... tiket online pon kejap jer abis... dahsat tul penangan citer mamat khalid kali ni...

akhirnya nak tau kat ner aku tengok citer ni?... kat OPIS... amek ko...dalam waktu yang sama, astro first pon dah start kuarkan citer HKLBR ni... hubby beria² nak tengok... makanya nak tak nak, aku terpaksa mengizinkan hubby melanggan HKLBR dengan harga RM15... isk naik ler bil astro aku bulan ni... lari lagi la bajet...

meh review citer skit :

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. 

Husin bergegas ke warung Pak Jabit, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che' Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut.

*****review di atas dipetik dari mygosip.com

bintang² yg patot aku bg : 1 2 3 4 5

*** aku suka lagu cinta kristal yg awie nyanyi tu... beshhh...