CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, March 10, 2014

#PrayForMH370 #DoakanMH370

Di saat negara sedang menghadapi krisis air disebabkan musim panas yang berpanjangan, kita dikejutkan pula dengan satu berita yang menggemparkan dunia di atas kehilangan kapal terbang milik MAS iaitu Boeing 777-200 melalui penerbangan MH370.

Penerbangan  MH370 berlepas daripada KLIA pada jam 12.41am dan sepatutnya tiba di Beijing pada jam 6.40am. Bagaimanapun penerbangan MH370 itu terputus hubungan dengan pesawat kawalan trafik udara di Subang pada jam 2.40am.   

Sehingga kini, masih tiada berita di atas kehilangan pesawat tersebut. Sama-sama lah kita berdoa agar semuanya dipermudahkan dan semoga berita yang bakal diterima adalah berita yang menggembirakan.  Aminnnn.....

***"Miracles do occur "