Dah lama nak update blog, tapi bila memikirkan gambar² untuk dipublish ada dalam henpon, mesti semangat nak update tu tiba² drop. Biasanya update blog kat opis jer. Guna card reader kak ti yang sentiasa ada kat sempadan workstation. Tapi dah lama tak nampak card reader tu. Tak tau ler sapa amik dan tak pulangkan ke tempat asalnya. Err... ada ke yang tunggu post terbaru aku? Ahaks.... Maklumlah saya takder fans (bak kata Fizz Fairuz masa ABPBH).
Ramai yang dah kenal Fatin kat opis ni. Maklumlah kehulu kehilir sentiasa ada bersama mommy dia. Nasib ler anak sorang kan. Pengasuh belum ada dan sebenarnya aku langsung tak cari pengganti pengasuh lama. Aku tak sanggup nak menghadap dan mendengar tangisan Fatin. Setiap hari Fatin akan tanya siapa yang akan amik dia balik dari sekolah. Nampak sangat yang dia takot nak dijaga orang lain. Sedangkan adik ipar aku datang ke rumah pon dia dah nangis macam orang histeria. Dalam pikirannya adik ipar aku yang kena jaga dia. Tu dengan orang yang dia kenal. Kalau dengan orang yang dia langsung tak kenal camner?.
Aku masih menggunakan pengangkutan awam. Walaupon hati aku meronta² nak amik lesen, tapi terlalu banyak halangannya. Pergi keje naik bas. Hantar dan amik Fatin naik bas. Balik keje naik bas. Syukurlah duduk di Putrajaya. Bas memang senang.
Umur dah masok 30-an Februari lalu. Tapi tak sanggup nak wat entry pasal besday sebab umur semakin meningkat. Abah aku pon dah masok dalam kategori warga emas. Takot pon ada. Takot nak menghadapi tahun² berikutnya. Takot nak menghadapi ujian yang mendatang.
Keje? Alhamdulillah. Keje macam biasa. Takde yang merunsingkan. Gaji pon bakal naik kan?. Hehehe.... 24 Mac lepas dah genap 3 tahun bekerja. Dah boleh dapat taraf berpencen. Maknanya gaji dah tak kena potong KWSP dan maksudnya juga gaji bersih akan bertambah. Syukur Alhamdulillah.
*** Nanti la aku update entry bergambar.
3 pengkritik hebat:
ambik je dulu lesen..senang nk ke sana ke mari..bila hari ujan susah jugak nk naik bas..kesian fatin nnt..
Jilah, syahdu baca N3 ko ni, a'ah la mana pegi la card reader tu lama dah x blk rumah huhu...
pelan² kayuh nanti dpt wit KWSP plan la apa yg awak hajati k
Roz:
bukan tak nak amik lesen, tapi byk sgt halangan... klu tak, dah lama dah ada lesen... sob... sob...
Yatie Ahmad:
rasa takmo kuarkan jer wit KWSP tu... nak simpan, bukannyer byk pon... tapi mcm kena kuarkan gak jer... errr... kad reader tu x tau dah kemana...
Post a Comment