petang² nak balik keje tu mula la rasa tak sedap... sampai rumah mula la nak melepek jer... nasib ler si Fatin dah besar... dah boleh berdikari... "Fatin tolong amikkan tu... Fatin tolong wat tu... Fatin gi mandi..."... semua arahan boleh dilakukan dengan sempurna... alhamdulillah...
wat masa sekarang rumah memang macam tongkang pecah... kain baju tak berlipat... pinggan mangkuk nak basuh pon amik masa... sampah sarap bertimbun... hubby cuma wat keje kalau disuruh jer... takder nak amik inisiatif sendiri nak wat tu nak wat ni... tapi kadang² ada ler jugak tolong² wat keje tu..
malam tadi memang rasa tak larat... tak larat sangat²... nak makan pon tak lalu... perot kosong... tekak loya... kejap² ke toilet muntah²... Fatin duk bermain kat ruang tamu... apa² yang dia nak semua dia tanya kat babah dia... dia pon tau mommy dia tak larat...
malam tadi bila semua masok tido aku pon nangis sepuas² hati... tak larat sangat²... betul² rasa down... bila dah nangis maka hubby pon pujuk ler... suh bersabar.... cepat² la datang rasa sihat tu... aku ni kalau tak sedap badan memang tak leh nak tahan... semua keje tak jalan.... jenis memang tak tahan sakit... ya Allah kuatkanlah semangatku...
6 pengkritik hebat:
jilah
cian kat ko ekk... sabar la insya Allah lelama nanti sihat la awak.. kuatkan semangat ye...
meh baca link ni
http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/rawatan-loya-muntah/
http://www.hamidarshat.com/zuriat-buku-138/133-gejala-hamil.html
Berikut adalah beberapa langkah yang anda boleh cuba untuk mengurangkan muntah dan loya:
• Kerap makan snek. Makan sedikit setiap dua atau tiga jam. Perut anda akan sentiasa kenyang. Jika anda tidak berkesempatan untuk makan, minum air barli atau glukos.
• Adalah menjadi kebiasaan untuk anda mengalami kadar gula dalam darah yang rendah kerana anda belum mengambil apa-apa makanan di waktu pagi. Jika anda berasa loya di waktu pagi, cubalah makan sedikit biskut atau buah pisang sebelum bangun dari katil. Makan sedikit snek sebelum tdur mungkin dapat membantu.
• Pilih makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti roti gandum, biskut kraker, nasi dan kentang. Makanlah makanan yang tidak mengandungi asid seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makanan berlemak seperti daging dan makanan bergoreng.
• Makanlah mengikut keinginan anda, asalkan anda mengawal diet anda dengan sihat. Anda mungkin juga teringin untuk makan makanan yang tidak pernah anda makan. Ini adalah perkara normal.
• Cuba dapatkan tidur yang nyenyak di waktu malam, dan kalau boleh, tidur sebentar di waktu siang. Elakkan stres. Kebanyakan wanita hamil berasa amat letih semasa minggu-minggu awal kehamilan, dan ini boleh mengakibatkan loya dan muntah.
• Minum banyak air, jus buah-buahan dan susu. Elakkan kopi dan alkohol.
• Cubalah akupuntur - ramai wanita menyukainya. • Jika anda jenis yang mabuk laut atau mabuk di dalam kereta, cuba elakkan berkereta dengan jarak yang jauh atau menaiki bot. Ini akan memburukkan lagi muntah dan loya anda.
• Elakkan asap rokok dan asap kenderaan kerana ia mendorong anda loya atau muntah.
• Halia adalah ubat loya yang diketahui umum. Teh halia sesuai untuk anda dan banyak dijual di farmasi atau di pasaraya. Anda juga boleh mencuba biskut halia atau minuman halia untuk kes-kes loya yang biasa.
• Cuba gelang penahan mabuk laut. Ia akan memberikan tekanan kepada pergelangan tangan anda dan mudah di dapati di farmasi. Jika semua di atas tidak dapat mengurangkan muntah dan loya anda,
ketahuilah bahawa loya dan muntah pada waktu pagi adalah proses kehamilan yang normal dan sihat. Ia akan berkurangan dalam 14-16 minggu kehamilan.
Mungkin ini tidak banyak membantu, tetapi anda perlu berasa bertuah menantikan kehadiran cahaya mata anda!
huhuhuhu.... tq kak ti...
sy memahami.. hrp 3bln pertama jelah cenggini.. lepas tu berselera tak tertahan-tahan pulak..
harap macam tu la... masa mengandungkan Fatin pon macam ni gak... sengsara... huhuhuhu...
saya kagum ngan kematangan kakak fatin...
dah pandai berdikari dah die ni..hehehe
matang masa tertentu jer nad... yang selebihnya memang budak2... ahaks... memang dia budak2 pon...
Post a Comment