Tahun Lompat berlaku 4 tahun sekali. Jika tahun itu boleh dibahagikan kepada 4 dan tanpa mempunyai baki, tahun itu digelar tahun lompat. Apabila tibanya tahun lompat, setiap bulan febuari mempunyai 29 hari jika dibandingkan tahun biasa yang mempunya hanya 28 hari. Pada tahun biasa, hanya ada 365 hari dalam setahun dan 366 hari pada tahun lompat.
Kenapa perlu ada tahun lompat? Seperti kita tahu, bumi mengelilingi matahari mengambil masa 1 tahun. Tahukah anda bumi mengeliling matahari secara lengkap bukan 365 hari ataupun 366 hari dengan tepat? Sebenarnya, bumi mengeliling bumi mengambil masa 8766 jam atau bersamaan 365 hari 6 jam. Setiap 6 jam daripada 4 tahun dikumpulkan untuk menjadikannya 1 hari ( 6 jam x 4 kali = 24 jam dan 24 jam = 1 hari) dan 1 hari itu di letakkan pada tahun lompat iaitu pada 29 febuari. Dan kerana inilah wujudnya tahun lompat untuk setiap 4 tahun.
Bagi sesiapa yang tarikh lahirnya jatuh pada 29 febuari pada tahun lompat, selalunya dia kan menyambut hari kelahiranya pada 28 febuari ataupun pada 1 mac pada tahun biasa. Ini keistemewaan kepada individu ini yang tarikh lahirnya pada 29 febuari. Anda jangan terkejut apabila anda bertanya kepada orang tua yang mengatakan yang umurnya masih 20 tahun walaupun orang tua itu telah mempunyai cucu cicit pada suatu hari nanti...
0 pengkritik hebat:
Post a Comment