Sunday, July 31, 2011
Selamat Berpuasa
Friday, July 15, 2011
Mee Hailam
Thursday, July 14, 2011
Sekali Lagi
Selama ini, ARMAN percaya bahawa dirinya merupakan seorang pengidap autisme. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan FARINA. Hubungan Arman dan Farina juga semakin bermasalah. Malah, dalam satu salah faham, Farina telah bergaduh dengan Arman dan meninggalkannya seorang diri di tepi jalan. Dalam perjalanan pulang itu, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng.
Mujurlah, AMY, seorang kanak-kanak kecil yang berada di situ, memekik dengan kuat, dan sekaligus memaksa menyelamatkan Arman. Sungguhpun Amy hanya berusia 5 tahun, Arman dapati kanak-kanak itu amat pintar dan berdikari sekali, malah lebih pintar dan berdikari berbanding dirinya sendiri. Persahabatan terbentuk di antara mereka, dan Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Apabila Arman menyatakan rasa ragu-ragunya untuk meneruskan perkahwinan, Amy mencadangkan kepada Arman agar bertanya beberapa siri soalan kepada Farina dan juga ahli keluarganya.
Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman. Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu SHIELA, turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada HARIS, si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya. Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Ibu bapa Haris di kampung sudah bertemu calon isteri yang sesuai untuk Haris. Apabila wanita itu bertindak datang berjumpa Haris di Kuala Lumpur, Shiela tahu bahawa sudah tiba masanya untuk dia membuat keputusan. Amy amat sukakan Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris. Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman.
Monday, July 11, 2011
McDonalds Buy 1, Get 1 FREE - Double Cheeseburger
Keperluan... Kemahuan...
kesimpulannyer... terpaksa ler aku bersabo lagi...
Wednesday, July 6, 2011
Baucer McDonalds
Tuesday, July 5, 2011
Semuanya kerana drebar bas itu
grrrrr... geram tul aku... sib baik ler aku posa... sabo sabo... ingatkan lambat sekejap jer... sib baik ler ramai yang masih tunggu bas... dorang tepon GUNA (satu² nyer nombor tepon drebar yang dorang simpan)... pagi tu orang baru yang bawak bas... GUNA kata dia tak dapat call orang tu...
adeh... sudah lari ker drebar tu... baru keje separuh ari dah wat hal... huh... sakitnyer ati... last² GUNA cakap nanti dia yang amik kitorang... kul 6 lebih baru sampai... sampai kat kompleks D ntah kul berapa tah... nak kena tunggu bas lagi satu lak... suh hubby amik jangan harap ler... dia klu dah sampai umah jangan harap nak suh dia kuar balik.... aku naik jer bas 100 tu... tengok² bas tu pusing Alamanda lak... waaaaaaa... semakin jauh ler perjalanan nak balik umah......
disebabkan naik bas 100 kena ler berhenti depan sekolah jer... makanyer terpaksa ler aku menapak mendaki bukit... penat weh... sampai umah tepat jam 7.25.... tinggal berapa minit jer lagi nak buka posa.... waaaaaaaa... tak sempat masak kobis... sib baik dah suh hubby masak nasi ngan telur dadar.... aku suh dia masak kobis... tapi dia cakap tak tau... huh... tak tau atau malas?... malas la aku nak gado...
tak pasal² aku kempunan.... semuanya kerana drebar bas tu... grrrrrrrrrrrrrr....
Cek Nuffnang - First time
huhuhu... berapa tahun baru leh merasa cek ni... setahun lebih kot... berapa hengget aku dapat?... kan aku dah bagi tau... aku dapat NILAI MINIMUM YANG LEH CASH OUT... hehehe... leh ler wat beli beras 10kg... alhamdulillah...
Sunday, July 3, 2011
Another 500g
lagipon skang ni kan bulan rejab... eh, sok nak masok bulan sya'ban dah... so, nak ler wat posa sunat kan... hehehe... makanya balik keje takder ler aku larat nak berlari keliling umah tu... lagipon klu posa takder ler aku asyik nak melantak jer... lagi satu leh jimat duit... yang penting leh dapat pahala... bila tak makan, maka ada extra masa.... hhuhuuhu... ntah hapa ler yang aku mengarut ni...
hopefully dapat ler capai target before raya... dapat muat baju lama² pon jadi la... eh, baju memang muat, kain jer yang ketat... seksanyer...
Saturday, July 2, 2011
Dulu dan Sekarang
idop di perantauan... dengan pendapatan suami yang tak seberapa... ditambah lagi dengan anak yang masih kecik... pastu duk menumpang lak umah mentua... masa tu kebanyakan masa selalu diabiskan dekat rumah jer... nak jalan², dua tiga bulan lom tentu dapat... klu dapat pon cuma pegi klinik jer... masa tu macam katak bawah tempurung ... hal² luar tak banyak yang aku tau (kan aku dah cakap aku tak suka tengok tv)...
masa aku dapat tau yang aku dapat keje gomen dulu, (tima kasih pada kakak ipar aku yang tolong mohonkan keje kat SPA)... hepi sangat masa tu... surat mengatakan yang aku kena lapor diri kat Putrajaya (huhuuhu macam mana ler rupa Putrajaya - kata aku masa tu)...
ye... aku terbang gak ke semenanjung.. (tima kasih ler kepada mentua yang sudi support semua duit belanja dan juga kakak ipar aku untuk tambang kapal terbang)
semenjak dah keje, aku mula mengenali alam pekerjaan... aku mula keluar dari tempurung yang selama ni membelenggu idop aku... ada kawan² untuk bergosip (hehehe... gosip hanya aktiviti sampingan)... ilmu idop semakin bertambah... alhamdulillah... aku bersyukur sangat²... perasaan yang tak menentu dulu dah takder... idop aku lebih hepi sekarang... bukti kehepian tu boleh dilihat dengan pertambahan lemak² pada aku ngan hubby...
itulah KELAHIRAN idop aku yang baru...
walau apa pun yang telah berlaku, hidup harus diteruskan
jangan sekali-kali kita berputus asa dengan apa yang telah ditakdirkan
USAHA, TAWAKAL dan DOA adalah jawapan
"Entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang direviu oleh Amyz"
Friday, July 1, 2011
Double Cheese Sandwich
roti yang lapisan tengah tu aku grill atas pan both side ok... calit skit planta atas roti sebelum grill
amik roti lain (yang tak grill) pastu letak meatloaf sekeping... atas meatloaf tu letak bawang, timun ngan tomato... pastu letak keju... atas keju letak roti yang dah di grill both side tadi... pastu letak lagi bawang timun tomato then keju lak pastu nugget ayam... last sekali letak roti lagi sekeping
lepas dah siap tu... panaskan pan letak planta skit... pastu grill sandwich tersebut both side...