CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, April 26, 2012

Bila nikmat makan ditarik balik

biasa kalau tengok makanan, semuanya nampak sedap... selera makan aku tak pernah nak menurun... semuanya lazat... jarang aku memilih makanan... apa yang ada depan mata, aku leh makan dengan berselera sekali... tapi... semuanya bermula hari sabtu lepas... tiba² tekak loya... nampak makanan semua tak sedap... nak makan ikut selera tekak... buat keje semua serba tak kena... kesian si anak bila mommynyer tak layan... 

sebab tu mak selalu cakap, makan lah selagi boleh makan (maksudnyer bukan suh melantak sampai tak muat perot)... bila nikmat makan dah ditarik, macam ni ler... harap² nikmat makan ku itu dipulangkan secepat mungkin... ku rindu nikmat makan ku itu.... semuanya kerana ini......

:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::


nikmat makanku digantikan dengan ini... alhamdulillah... semoga dipermudahkan segalanya... amin...





Wednesday, April 18, 2012

2 hari jer

tido kepenatan... tak sempat nak tukar baju...

2 hari ada bengkel... dari pagi sampai petang... nasib la tak sampai malam... minggu lepas dapat tau kena pergi bengkel terus aku susah ati... almaklumlah Fatin ikut aku pegi keje lepas abis sekolah... nak suh hubby cuti rasa tak sampai ati lak... ari tu dia dah amik cuti banyak... lepas tu pikir nak hantar balik kampong jer... isk...ekonomi tengah merudum skang... nak hantar balik kampung memang lepas... tapi nak amik balik tu memang sakit... lagipon kalau balik kampong, kena ponteng sekolah seminggu... lama tu... 

bila ada masalah, pala otak mula ler ligat pikir tu pikir ni... last² terlintas kat pala otak pasal pengasuh yang tinggal berhampiran kat skolah Fatin... no. tepon dia memang dah lama aku simpan... mintak tolong dia jagakan untuk 2 hari... sehari RM15... ok la tu... lagipon pengasuh tu jaga kawan² skolah dia gak... so, Fatin  langsung tak meragam...maklumlah ramai kengkawan...

hari ni last bengkel... bengkel ni berantai lak tuh... ada sambungan lagi... lepas ni tak tau ler kemana lak kena berbengkel... klu kena bermalam, maka terpaksa ler aku hantar gak balik kampong budak ni... haih... bila la hubby nak keje waktu opis ni... susahnyerrrrrr....







Monday, April 16, 2012

Cucur Jawa


hehehe.... ni pon resepi dari mak... gambar di atas ni yang kali kedua buat... yang kali pertama tu tak berapa sedap sebab aku guna gula kabung... eh, gula yang macam kayu tu pe ek... gula kabung la kan... yang ni aku guna gula merah yang hancur² tu... 

yang ni sedap skit... ahaks... hubby kata sedap...  so, kira sedap la ek... rupa paras tu tak yah cakap la... yang penting sedap... 

errr... tak sempat bawak opis yang ni sebab adunan skit sangat... lagipon berminyak skit... takot orang takmo makan lak...  ahaks...

Resepi : 

1 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung beras
2 sudu besar gula pasir
3/4 cawan gula merah
1 cawan air

Campur gula pasir dan gula merah bersama 1 cawan air. Kemudian jerang atas api hingga mendidih dan sejukkan. Bila dah sejuk, tuangkan air gula ke dalam adunan tepung gandum dan tepung beras. Gaul hingga rata. Peram adunan semalaman. Esok nyer leh la digoreng dengan api perlahan. Pastikan minyak betul² panas sebelum menggoreng.

Selamat mencuba!!!




Friday, April 13, 2012

Apam Beras

Ahaks... ni ler first time nak wat kuih... dah lama dah wat apam ni sebenarnya... tapi baru jer skang nak tayang...

 10 ketul jer yang leh muat dalam tempat kukus ku ini (kukus guna rice cooker jer)

 ni bukan hasil yang pertama... ni adalah hasil bila dah malas nak tunggu bekas acuan tu sejuk... daku ada satu dozen jer acuan tu...

 ni bekal untuk dibawa ke opis

ni bekal untuk hubby bawak pegi tempat keje dia... bukan ni jer... ada lagi... apam dia bawak lagi banyak dari yang aku bawak...

Dapat resepi dari mak aku... dia buat apam ni hantar kat jiran sebelah untuk dijual... mak aku skang dah jual kuih (sampingan jer)...bapak aku tukang cari resepi kat internet, mak aku tukang praktiskan resepi.... ekekeke.... so, bapak aku kira merangkap tukang rasa juga... klu kureng skit rasa dia, leh la alter skit2 kan...

Masa aku buat apam ni hari tu banyak bahan yang kurang... tepung beras tak cukup sukatan... gula pon kurang... ahaks... pedulik hapa aku... janji dapat main masak²... dan lagi satu... kelapa parut pon takder.... hahaha... nasib la...





PETUA MURAH REZEKI

PETUA MURAH REZEKI

Abu Yazid Al Busthami, pelopor  sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan  Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang  lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia  yang miskin namun wajahnya tak pernah  keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah  muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya  senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.  Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Begitu juga celakanya persahabatan sekiranya dikalangan mereka saling tidak berteguran. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat  diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.


10  Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut  ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh  perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA  DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu:  Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari  orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA  KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat  kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN  NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN  (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan  kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka  mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA  NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik  kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT  PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima  bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan  maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI  S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan  syariat,bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat,dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH  : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci  kemaksiatan.


" Ya Allah... berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus di jalan Mu...Amin.."



Thursday, April 12, 2012

12 April 2012, Khamis

Dah lama nak update blog, tapi bila memikirkan gambar² untuk dipublish ada dalam henpon, mesti semangat nak update tu tiba² drop. Biasanya update blog kat opis jer. Guna card reader kak ti yang sentiasa ada kat sempadan workstation. Tapi dah lama tak nampak card reader tu. Tak tau ler sapa amik dan tak pulangkan ke tempat asalnya. Err... ada ke yang tunggu post terbaru aku? Ahaks.... Maklumlah saya takder fans (bak kata Fizz Fairuz masa ABPBH).

Ramai yang dah kenal Fatin kat opis ni. Maklumlah kehulu kehilir sentiasa ada bersama mommy dia. Nasib ler anak sorang kan. Pengasuh belum ada dan sebenarnya aku langsung tak cari pengganti pengasuh lama. Aku tak sanggup nak menghadap dan mendengar tangisan Fatin. Setiap hari Fatin akan tanya siapa yang akan amik dia balik dari sekolah. Nampak sangat yang dia takot nak dijaga orang lain. Sedangkan adik ipar aku datang ke rumah pon dia dah nangis macam orang histeria. Dalam pikirannya adik ipar aku yang kena jaga dia. Tu dengan orang yang dia kenal. Kalau dengan orang yang dia langsung tak kenal camner?. 

Aku masih menggunakan pengangkutan awam. Walaupon hati aku meronta² nak amik lesen, tapi terlalu banyak halangannya. Pergi keje naik bas. Hantar dan amik Fatin naik bas. Balik keje naik bas. Syukurlah duduk di Putrajaya. Bas memang senang. 

Umur dah masok 30-an Februari lalu. Tapi tak sanggup nak wat entry pasal besday sebab umur semakin meningkat. Abah aku pon dah masok dalam kategori warga emas. Takot pon ada. Takot nak menghadapi tahun² berikutnya. Takot nak menghadapi ujian yang mendatang.

Keje? Alhamdulillah. Keje macam biasa. Takde yang merunsingkan. Gaji pon bakal naik kan?. Hehehe.... 24 Mac lepas dah genap 3 tahun bekerja. Dah boleh dapat taraf berpencen. Maknanya gaji dah tak kena potong KWSP dan maksudnya juga gaji bersih akan bertambah. Syukur Alhamdulillah.


*** Nanti la aku update entry bergambar.