CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, November 15, 2011

Malaysia tertinggi masalah obesiti

Malaysia tertinggi masalah obesiti


2011/11/15

MALAYSIA berada pada kedudukan tertinggi di kalangan negara ASEAN yang berhadapan dengan masalah obesiti, manakala yang keenam di rantau Asia Pasifik. 

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata masalah itu berpunca daripada pengambilan gula yang berlebihan di kalangan rakyat negara ini.
“Kita sebagai masyarakat harus menekankan betapa pentingnya menjaga kesihatan termasuk kadar pengambilan gula seharian yang menyumbang kepada diabates,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) berhubung tahap penggunaan gula di kalangan rakyat Malaysia berbanding negara lain.
Rosnah berkata, berdasarkan kajian pengambilan gula di kalangan orang dewasa di negara ini pada 2002 dan 2003 mendapati, rakyat Malaysia mengambil 51 gram gula tambahan, berbanding 50 gram yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Menjawab soalan asal daripada Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil), Rosnah berkata, sebanyak 1,266 sampel makanan dianalisis pada 2009 untuk bahan pemanis dan 7.3 peratus atau 92 sampel daripadanya didapati melanggar standard yang ditetapkan. 

“Pada 2010, sebanyak 2,004 sampel makanan dianalisis di mana 5.4 peratus bersamaan dengan 108 sampel didapati melanggar standard ditetapkan,” katanya. 

Beliau berkata, selain tindakan mahkamah terhadap pihak industri yang tidak bertanggungjawab, kerajaan juga mengeluarkan senarai produk yang melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985. 
“Tindakan pihak kementerian adalah dengan melaksanakan pengambilan sampel dari semasa ke semasa untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah terdiri daripada makanan yang selamat dimakan,” katanya. 



*dipetik dari Berita Harian Online




***
Seiring dengan kemajuan teknologi yang dimiliki negara hari ini, kesedaran terhadap kesihatan sepatutnya turut dititikberatkan. Lebih-lebih lagi info terhadap kesihatan lebih senang diperolehi.

bukan nak cakap apa la kan, mereka yang obesiti ni kebanyakannya malas... malas nak exercise.... lebih² lagi kemudahan yang disediakan membuatkan kita lebih manja... restoran fastfood sekarang pon tumbuh macam cendawan... KFC, McDonalds, Burger King, Pizza Hut... macam² lagi la...  tapi kita lebih senang mengikut kata nafsu walaupon kita tau keburukannya... 

generasi zaman sekarang pon tak macam dulu... jika dulu kita lihat kanak² riang ria berlari bermain bersama kawan²... tapi sekarang mereka disogok dengan teknologi... mereka lebih cenderung mengadap ipad, komputer, smartphone bermain game berjam² lamanya...  yer, tu salah satu penyumbang pengumpulan lemak², merosakkan mata dan melemahkan daya fizikal....

kesimpulannyer, bergantung pada diri kita... walaupon kita aware terhadap penyumbang obesiti, tapi tanpa apa² tindakan, ia hanyalah sia²... kesedaran perlu disertakan dengan tindakan... 


*** pandangan dari mereka yang tergolong dalam golongan obesiti





0 pengkritik hebat: