CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, May 26, 2010

Hakikat dan Kenyataan

Jam menunjukkan 8 malam. Aku bersiap2 untuk pulang ke Putrajaya memandangkan esok adalah hari Isnin. Kakakku juga sibuk mengemas barang2 nya. Manakala abang iparku sibuk memujuk si adik yang menangis tak berhenti2 dari tadi. Maklumlah tido di kala Maghrib.

Melihatkan aku yang sudah siap berpakaian cantik, Fatin asyik mengekoriku agar aku tidak melupakannya. Sedih melihatkan perlakuannya yang cuba mendapatkan perhatianku. Lantas aku mendukungnya dan cuba memujuknya.

"mummy nak balik, mummy nak keje... atin tinggal ngan atuk nenek tau..." ucapku kepada Fatin

"mummy tak yah la keje..." balas Fatin sambil merengek2

"mummy kena keje, nak cari duit beli susu atin, beli pempes atin..."ujarku lagi

"atin nak ikut, atin nak keje... "

"isk.... minggu depan mummy balik lagi jumpa atin... minggu depan mummy balik ngan babah.."

Rengekan Fatin semakin kuat. Sebak hatiku melihat Fatin begitu. Aku mengambil duit kertas seringgit dan syiling 20 sen sebanyak lima keping dan kuberikan kepada Fatin.

"Nah... atin simpan dalam tabung ek" Lantas ku hulurkan duit itu kepadanya. Fatin mengambil duit itu.

"Terima kasih mummy".. pandai sungguh anakku mengucapkan terima kasih.

Ku lihat Fatin mengambil beg ben10 nya lalu dimasukkan duit yang kuberikan ke dalam beg tersebut.

Aku ke beranda, mengumpul barang2 untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta. Sedang abang iparku memasukkan beg dan barang2 ke dalam bonet, Fatin berkata lagi;

"beg tu?..." sambil menunjukkan ke arah beg ben10 nya dengan harapan beg itu turut dimasukkan ke dalam bonet. Rengekan Fatin bertukar menjadi tangisan. Kenapa aku perlu lalui semua ini tatkala pulang menjenguk anakku?

Aku mendukung Fatin kembali. Memujuknya dengan pelbagai alasan dan harapan. Tapi semuanya sia2. Dengan tangisan Fatin yang masih belum reda, terus aku menyerahkan Fatin kepada adikku untuk mendukungnya. Lantas aku masuk ke dalam kereta. Aku tidak sanggup lagi mendengar tangisan itu.

Tatkala kereta yang aku naiki meninggalkan kawasan rumah, masih aku terdengar sayup2 suara tangisan Fatin....


2 pengkritik hebat:

Anonymous

sabar kak... insyaallah kalau ada rezeki boleh bawak fatin datang sini duk dengan akak... berdoa banyak2 sentiasa murah rezeki akak and fatin... saya nak menangis baca story akak ni...sabar bebanyak k...semoga fatin jadi anak yang tabah suatu hari nanti

Wadah Impian

bila anak sudah pandai berkata2...