CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, May 27, 2014

Transit

Dari bulan Januari sampai la sekarang ni duk menunggu kenaikan gaji...sebabnyer adalah kerana nak menghantar si Fatin tu transit... supaya aku tak payah susah² keluar tengahari untuk amik dia... supaya senang nak pergi kursus dekat opis... dan sampai sekarang masih menunggu kenaikan gaji...

Tapi... tetiba rasa macam tak nak hantar transit lak... supaya aku leh jumpa dia waktu tengahari... yer la... kadang² pagi dia ok, petang dia demam... dia sorang yang kerap sakit... adiknya antibodi kuat sikit... mungkin adiknya kesan daripada mengempeng jer kot... hahahaha...

nak transit ke tak nak ni?... mungkin tahun depan jer la kot... 



Sunday, April 27, 2014

Bosan

Baru jer gaji dua tiga hari lepas... Tapi rasa macam dah lama tak gaji... Nak jalan2 pon pikir dua tiga kali... Haih... Ada sesuatu yang tak kena ni...

Kemalasan semakin ke arah maksimum... Rumah dikemas dua tiga kali pon tetap akan jadi begitu... Anak2 semua tak mandi lagi... Nasib sarapan dah bagi... Kalau tak si kakak asyik merengek kelaparan.... Kalau si adik dah pandai bercakap mungkin begitu jua...

*** mood ke laut

Monday, March 10, 2014

#PrayForMH370 #DoakanMH370

Di saat negara sedang menghadapi krisis air disebabkan musim panas yang berpanjangan, kita dikejutkan pula dengan satu berita yang menggemparkan dunia di atas kehilangan kapal terbang milik MAS iaitu Boeing 777-200 melalui penerbangan MH370.

Penerbangan  MH370 berlepas daripada KLIA pada jam 12.41am dan sepatutnya tiba di Beijing pada jam 6.40am. Bagaimanapun penerbangan MH370 itu terputus hubungan dengan pesawat kawalan trafik udara di Subang pada jam 2.40am.   

Sehingga kini, masih tiada berita di atas kehilangan pesawat tersebut. Sama-sama lah kita berdoa agar semuanya dipermudahkan dan semoga berita yang bakal diterima adalah berita yang menggembirakan.  Aminnnn.....

***"Miracles do occur "