CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, July 29, 2015

Kisah Raya

Entry ini tiada sebarang gambar raya. Harap maklum.

Aku balik kampung pada 11 Julai yang lalu. Maknanya aku cuti paling awal di kalangan kawan-kawan se opis. Hehehe... dengan harapan dapat meluangkan masa lebih dengan Nabihah. Rindu yang teramat. Aku bukan golongan yang mampu nak balik kampung tiap-tiap minggu. 

Hubby cuma balik kampung pada hari raya ke-2. Hari raya ke-4 kami dah balik semula ke Putrajaya. Nabihah baru boleh meniarap. Agak lambat berbanding kakak-kakaknya. Risau juga. Syirah pon belum boleh bercakap dengan baik. Sedangkan umur dah nak masuk 3 tahun.

Berbalik kepada cerita pasal raya. Adik-beradik aku semua balik rumah mentua tahun ni. Jadi yang ada cuma aku ngan adik bongsu jer. Jadi takde la semeriah mana sebab tak cukup korum. Mak aku masak rendang ayam, daging kari dengan kuah kacang dan ketupat segera. Memang peberet aku time raya.

Nana (adik bongsu aku) yang sibuk menghantar dulang-dulang ke rumah jiran-jiran berdekatan. Aku kena jaga Nabihah. Bila mak ngan abah pergi masjid untuk solat raya, aku pulak kemas dapo. Gilir-gilir dengan Nana tengok budak-budak.

Kitorang takder pon pergi beraya ke mana-mana. Duduk rumah layan tetamu yang datang. Bosan tak raya kitorang?. Yang penting dapat jupa mak bapak & anak aku. Huhuhu...


Tuesday, July 28, 2015

Pengalaman Bersalin Kali Ke-3

Lama sungguh nak amik masa untuk mencoretkan pengalaman bersalin kali ke-3 ni. Bukannya tak ada masa. Cuma malas menguasai diri. Ini la jadinya kalau malas lebih dominan daripada rajin.

Disebabkan dah lama sangat, jadi ingat-ingat lupa la pulak. Nabihah pun dah 5 bulan. Jadi dah 5 bulan berlalu. Maklumlah banyak urat putus.

Bila tengok balik kalendar, 19 dan 20 Februari 2015 iaitu hari Khamis dan Jumaat merupakan cuti Tahun Baru Cina. Masa tu hubby kerja shift malam di MPOB. Dugaan kali ni adalah hubby tamat kontrak kerja. Sebelum tu, company lama ada masalah kewangan. Jadi gaji yang hubby terima tak seperti yang dijangka. Dengan hutang-hutang terkumpul tak berbayar. Apatah lagi nak kumpul duit untuk sambut orang baru. Barang-barang baby cuma yang betul-betul penting jer disediakan. Janjinya bulan Januari tu kontrak baru masuk, tapi sebaliknya berlaku. Sebulan hubby tak kerja. Income cuma dari aku sorang. Kalau hutang tak ada, cukup jer dengan gaji aku. Tapi duit keluar lebih banyak dari duit yang masuk. Tarikh bersalin dah semakin dekat, tapi duit untuk standby bersalin tak ada satu sen pon. Muhasabah diri, ada lagi yang lebih susah dari aku.

Bulan Februari tu pon hubby ikhtiar juga cari kerja. Alhamdulillah, walaupon jauh sikit dari rumah. Tapi cuma shift malam yang ada. Takpelah janji ada kerja. Masa tu motor dah tak ada. Terpaksa jual kerana masalah kewangan. Tapi syukurlah masih ada kereta. Masalah bila guna kereta, duit minyak pulak banyak kena keluar. Masa tu, aku baru belajar duk umah di malam hari tanpa suami. Jadi dengan kerenah anak-anak semua aku yang hadap sendiri.

Nak dijadikan cerita, malam 20 Februari tu, masa tengah tidur tiba-tiba rasa ada sesuatu keluar. Eh, air ketuban dah pecah. Masa tu dalam pukul 12 tengah malam rasanya. Ingat-ingat lupa la. Kalau nak ikut tarikh, sepatutnya EDD pada 1 Mac 2015. Masa tu baru 38 minggu. Dalam hati kata, "ala... malasnyer nak beranak time ni"... hahahaha... dasar pemalas betul aku ni. Terus la whatsapp hubby. Hubby lak tanya nak pergi hospital ke?. Aku lak tak rasa sakit langsung. Jadi, nak pegi hospital pon rasa was-was.

Lama gak aku duk pikir-pikir nak pegi hospital ke tak. Akhirnya aku suruh gak hubby balik & pergi hospital. Sampai hospital masa tu dalam pukul 2 pagi lebih. Siap angkut si Kakak & Syirah. Sampai wad bersalin memang tak ada orang. Alhamdulillah. Takut gak kalau kena reject pegi hospital lain.

Doc cek bukaan baru 4cm. Doc India cek. "Kak, kita bagi bersalin hari ni la". Aku ok kan jer. Lagi cepat lagi bagus. Duk terpikir anak-anak tak ada orang jaga. Bila labour room kosong jer, dorang terus tolak aku masuk labour room. Masuk ubat bagi contraction. Doc cakap, jalan dah buka, tapi contraction tak ada. So, dia masukkan ubat supaya ada contraction. Masuk ubat dalam pukul 4 pagi. Masa masuk ubat tu, doc ada tanya nak ubat tahan sakit tak. Aku tak tau nak jawap pe. Aku cakap jer tak nak. Pukul 6 pagi dah ada rasa contraction kuat sikit. Buang air pun guna salur jer. Dorang tak bagi pergi toilet.

Sampai la rasa sakit yang tak terhingga. Masa tu memang rasa tak boleh tahan dah. Rasa nak teran jer. Sebelum tu nurse tak bagi lagi teran sebab jalan lom buka banyak lagi. Lama-lama memang aku tak tahan sangat. Aku dah peluk-peluk tepi katil tu. Last-last aku jerit panggil nurse cakap tak tahan dah. Nurse ramai-ramai masuk bila dengar aku panggil jerit-jerit. Hahaha... aku takot tak sempat kang tak ada orang nak sambut anak aku. Masa tu aku masih posisi mengiring. Dorang suh aku baring terlentang bila rasa sakit tak ada. Aku siap tanya lagi, dah boleh teran ke? Alhamdulillah tepat jam 7.01 pagi, dengan sekali teran lahirlah Nabihah dengan berat 3.2 kg. Masa tu aku tak tau lagi gender anak aku. Dorang tunjuk kat aku cakap baby girl. Hmmm... girl lagi... Nurse letak baby kat dada. Alahai, comelnyer. Rasa happy sangat. Tak kisah la dapat girl lagi yang  penting semua selamat.

Masalah uri pulak lambat keluar. Lama gak tunggu uri keluar. Sampai dorang panggil doc lain sebab uri tak keluar-keluar. Doc tu cakap, kalau tak  keluar jugak, kena operate. Adoiii...mintak la dijauhkan. Doc tu tekan-tekan la perot nak kasik uri keluar. Kejap-kejap suruh aku batuk. Yang ni aku tak tengok jam pukul berapa uri keluar. Tapi bila uri dah keluar rasa lega sangat. Alhamdulillah. Lepas dah siap jahit semua (kena jahit gak... sob..sob), baru dia panggil hubby masuk untuk azan & qamatkan baby. Si kakak & Syirah ditinggalkan jer kat kaunter luar.

Lepas dah setel semua, baru aku whatsapp kakak aku mintak tolong jagakan dua beradik tu. Petang baru aku ditransferkan ke wad presint 8. Besoknya pagi-pagi dah keluar wad. Abah & Mak datang 2 hari kemudian sebab ada hal di kampung. Aku suka duduk kat wad Pusat Bersalin Berisiko Rendah Presint 8 sebab sangat privacy.

Kakak aku tolong masakkan lauk untuk aku masa hari keluar wad tu. Petang tu baru aku makan sebab laki aku beli ikan tongkol instead of ikan cencaru. Emosi aku masih tak stabil masa tu. Asyik merajuk ngan hubby sebab dia langsung tak dapat membantu menyediakan keperluan aku. Malam tu, Syirah yang masih perlukan tempat bermanja buat perangai. Hubby tak tahan sebab dia asyik merengek. Dalam masa yang sama Syirah masih belum cerai susu ngan aku. Sumbat jer t***k terus dia tido.

Sakit bersalin kali ni adalah yang paling sekejap sekali berbanding yang sebelumnya. Dugaan aku dalam bentuk lain. Dengan duit ada beberapa ringgit dalam tangan. Nak beli roti dengan air mineral pon berkira-kira. Kalau tak kerana guna GL, tak tau la macam mana nak bayar duit hospital. Alhamdulillah dikelilingi dengan mereka-mereka yang prihatin. Terima kasih tak terhingga untuk kalian semua.







Tuesday, June 9, 2015

Baby Baru

Perggghhhhh.... dah setahun lebih rupanya tak update blog. Macam-macam perkara yang dah terjadi. Tahun ni ada pertambahan ahli keluarga. Tapi yang sedihnya, baby kena duduk kat kampung. Nak cerita tersangat la panjang. 

Baby baru nama FATIN NABIHAH. Kami panggil Nabihah. Si Syirah masih dipanggil adik. Rasa macam susah sangat nak panggil Kak Ngah. Syirah pun masih belum habis bermanja dengan mami.

Fatin (Kakak) dah masuk darjah 2. Tahun ni transit jer kat sekolah. Jadi tengahari aku leh bersantai duduk kat opis. Tak payah dah nak pegi sekolah waktu lunch.

Baby kali ni dapat breastfeed (bf) sepenuhnya. Tapi bila dah duduk kat kampung, top up ngan susu tepung gak. Nabihah ada skin problem macam Fatin. Doktor kata ekzema. Yup, exactly macam Fatin. Mami ler yang kena banyak pantang. Tak boleh makan telur. Adoiiiii... peberet mami tu. Telur mata, telur kicap, telur separuh masak, roti telur... lupakan jer la. 

Masa baru lepas bersalin hari tu, memang sungguh-sungguh ler takmo beranak lagi. Ni bila baby dah 3 bulan lebih, rasa macam tak kisah ler kalau nak ada baby lagi. Tapi aku nak fokus dengan Fatin bertiga ni dulu. Rasa macam banyak benda yang diabaikan setiap kali pregnant. Maklum la, bila pregnant jer mesti mabuk sampai anak-anak terpinggir dan terbiar. Kesian dorang. Lagi pun, keadaan masih belum stabil waktu ni.

Nanti kalau rajin, aku kongsikan pengalaman bersalin untuk kali ke-3 ni. Hehehe... setiap anak tak sama. Kali ni memang berbeza.

Kita sambung lagi nanti. Cau cin cau!!!